Sejarah Musala Raudhatul Mustaghfirin

                                                     

Musala Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar (SMKLG) telah ditubuhkan pada Januari 1965. Ia terletak di Kubang Keranji, 16150 kota Bharu, Kelantan. Jarak musala sekolah ini dari Kota Bharu lebih kurang 10 km melalui jalan Kota Bharu – Pasir Puteh. Musala sekolah terletak bersebelahan dengan kantin dan berdekatan dengan kelas Pendidikan Khas. Pada asalnya musala ini menumpang kelas. Oleh kerana bertambahnya bilangan pelajar maka dibina sebuah bangunan bagi memudahkan aktiviti keagamaan dijalankan.


Pada tahun 2008, musala sekolah sekali lagi dilakukan pengubahsuaian bagi meluaskan dan memperbesarkan tempat mengerjakan solat, tempat wuduk bagi pelajar lelaki dan tempat wuduk pelajar perempuan. Pengubahsuaian tersebut menelan belanja sebanyak RM 30 000 melalui sumbangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), ibu bapa, orang perseorangan dan para warga sekolah. Pada tahun 2009, musala sekolah ini diberi nama Musala Raudhatul Mustaghfirin. Ternyata musala ini sentiasa diimarahkan dengan berbagai aktiviti sama ada dikendalikan oleh pihak sekolah atau pihak luar.


Musala ini juga telah memenangi banyak pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPD Kota Bharu mahupun pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Pada tahun 2009, musala ini mendapat tempat kedua dalam pertandingan Imarah Musala peringkat PPD Kota Bharu. Pada tahun 2010 , musala ini muncul sebagai johan Imarah Musala bagi peringkat PPD Kota Bharu dan pada tahun 2011 , musala ini menjadi johan pertandingan Imarah Musala Peringkat Negeri Kelantan.



VISI
Mewujudkan musala gemilang dan ceria dalam menekankan budaya ilmu dan pembinaan insan muslim yang cemerlang dunia dan akhirat.

MISI
Menghidupkan musala dengan aktiviti keagamaan yang bermanfaat dan menanam minat para pelajar untuk sentiasa beribadat.
Mewujudkan musala mithali yang dapat dijadikan contoh dari aspek pengurusan, disiplin dan keceriaan.
Membantu para pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan menarik minat semua warga sekolah untuk sentiasa beribadat di musala.

3 comments:

  1. Tahniah!!!
    Suatu transformasi ke arah pembelajaran hakiki,
    Teruskan misi menyebar informasi,
    Moga-moga Allah sentiasa memberkati......

    ReplyDelete
  2. Laman yang penuh iinformasi.......

    ReplyDelete